Aku adalah aku, bukan dia bukan kamu, cuma aku... Semua yang tertulis di sini adalah pandangan peribadiku. Mungkin ada yang suka dan mungkin ada yang tidak suka. Andainya ada yang terguris hati, maafkan saya. Sesungguhnya diriku hanyalah hamba yang tidak sempurna.

Monday 11 April 2011

Konsert lagenda Double Trouble Live @ Melaka

Kepada peminat Search dan Wings, satu siri terakhir konsert Double Trouble akan diadakan di Stadium Hang Jebat, pada 27 Mei 2011 (Jumaat) di Stadium Hang Jebat, Melaka.


                                           Poster Konsert Lagenda Double Trouble. Klik untuk besarkan


Kepada mereka yang tak pernah ke Stadium Hang Jebat ini boleh guna map ini...

                           Peta ke Stadium Hang Jebat.  (Klik untuk besarkan) Aku design sendiri ni.. 
                                                    Sesiapa nak copy aku benarkan. Lain kali senang nak pi..


Tiket dimaklumkan berharga RM70.00 untuk di padang dan RM100.00 untuk grand stand. Tapi pada pendapat aku, kaki rock mesti nak berada di padang ler baru best. Bagi yang bercouple dan berkeluarga duk kat grand stand ler.. tak ler bersesak-sesak. Yelah, aku paham walaupun dah beranak pinak, tapi dek minat punya pasal, nak join, apatah lagi ini yang last.. pas ni dah tak der dah.. katanya...


Nak dapatkan tiket kat mana??? Dipahamkan boleh layari www.ticket2u.biz untuk tempahan online atau kunjungi kaunter Transnasional atau Bank Simpanan Nasional (BSN).. kalau nak maklumat lanjut terus tepon nombor ni : 06-267 1657 / 1658 / 1660 ataupun terus kunjungi www.dtmelaka.blogspot.com

 Sebelum berakhir kita layan dulu lagu gemuruh masa di jay bee kay.... see u all there..



No comments:

Post a Comment